Filled Under:

Penerbangan Terakhir Di LCCT


Sepang: Penerbangan AK63 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke Kolkata, India jam 11 malam tadi menjadi pesawat terakhir AirAsia yang berlepas melalui terminal berkenaan.

Sementara itu, penerbangan terakhir bagi pesawat AirAsia X, D7 170 ke Jeddah dari LCCT dijadualkan berlepas pada jam 2.35 pagi ini.

Dua penerbangan terakhir itu masing-masing daripada AirAsia dan AirAsia X sekali gus menutup tirai secara rasmi operasi penerbangan dari LCCT.

Selepas ini, penerbangan pesawat daripada syarikat berkenaan akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

KETUA Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar memerhatikan Utpal Chowdory, 46, yang menjadi penumpang terakhir mendaftar masuk bagi penerbangan ke Kolkata di LCCT. FOTO Mohd Fadli Hamzah

April lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan LCCT akan ditutup secara rasmi esok iaitu seminggu selepas KLIA2 mula beroperasi. hmetro




0 comments:

Post a Comment