Filled Under:

Fesyen Melampau Sharifah Sakinah Tersebar


Laman Instagram Sharifah Sakinah memang sering menjadi perhatian peminat dek kerana kekerapan pelakon dan model seksi itu berkongsi foto-foto yang menjolok mata dan menampakkan bentuk badannya.

Bukan sekali dua Sharifah pernah ditegur dan dikritik orang ramai namun beliau tidak memperdulikan semuanya dan seakan sudah lali. Bagi aktres berusia 22 tahun itu, apa yang dilakukannya dirasakan seronok dan memuaskan hati. Jadi, orang lain sepatutnya tidak masuk campur.

Di sebalik gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya, salah satu foto beliau yang memakai seluar jean koyak rabak menarik perhatian penulis. Mungkin dianggap sebagai fesyen zaman sekarang yang menakjubkan namun ia sebenarnya memberikan pengaruh negatif kepada anak muda yang meminatinya sebagai selebriti.





0 comments:

Post a Comment