Filled Under:
,

Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram



Tersentuh hati kami tatkala melihat luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman yang tulus mendoakan supaya hati dia dan madunya, Wan Sakinah akan tetap bersatu dalam melayari bahtera rumahtangga bersama.

Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Wan Sakinah tanpa pengetahuan isterinya itu.

Namun, melalui laman sosial milik Dayana, dapat dilihat bahawa wanita itu kini semakin bahagia hidup berumahtangga bersama suami dan madunya.



Melalui caption yang ditulis, Dayana turut mendoakan supaya mereka berdua dapat menjadi isteri yang baik buat Ashraf serta ibu yang terbaik untuk anak mereka, Sarah Ashraf.

Dalam pada itu, peminat juga seakan-akan tersentuh dengan luahan hati Dayana dan turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.-ohbulan




0 comments:

Post a Comment