Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang tadi. Menurut hebahan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) paras air di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan meningkat.
Pengguna Twitter juga berkongsi gambar dan maklumat mengenai paras air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng. Beberapa gambar menunjukkan paras air melebihi 30 sentimeter ketika hujan lebat.
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, perkhidmatan komuter di antara Bank Negara dan Kuala Lumpur masih tergendala akibat banjir kilat.
josrevalution
0 comments:
Post a Comment