Filled Under:

Biodata Dyana Sofya Mohd Daud Calon DAP PRK Teluk Intan 2014


Kini nama Dyana Sofya Mohd Daud menjadi sebutan ramai apabila beliau sah menjadi calon DAP yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil P076 Teluk Intan pada 31 Mei 2014. Dikhabarkan pemilihan Dyana Sofya selaku calon DAP berikutan potensinya untuk maju ke hadapan selain beliau dikatakan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan matang serta pandai berhujah. 

Antara faktor lain yang menyebabkan nama Dyana Sofea disebut-sebut kerana penampilannya menarik perhatian dan diakui sebagai seorang gadis Melayu yang comel. Baru-baru ini terdapat percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu di internet kononnya Dyana Sofya berbikini.

Namun foto seorang gadis berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna dan bukan Dyana Sofya.

Selanjutnya adalah profil ringkas mengenai Dyana Sofya Mohd Daud.

Umur : 27 Tahun Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah.


Awal tahun 2012, Dyana Sofya mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas. Membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa PRU-13 dan diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU-13. Ibunya pernah memegang jawatan dalam Wanita UMNO bahagian di Perak. josrevalution




0 comments:

Post a Comment