Filled Under:

Noh Mahu Berhenti Menyanyi, Malu Isteri Lebih Banyak Ilmu Agama


Selepas Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 33, berhijab dan berhenti menyanyi, Noh Salleh pula mengakui yang tidak mustahil dia pula akan berhenti menyanyi. "Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.

"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

Mengenai keputusan Nina yang enggan melibatkan diri lagi di dalam dunia seni muzik, menurut Noh, dia menerima segala keputusan isteri kesayangannya itu dengan hati terbuka.

Malah dia juga bersyukur apabila Nina mula menimba ilmu agama Islam secara serius menerusi kelas-kelas agama yang disertai. Tambah Noh, dia kadangkala merasa segan dengan isterinya kerana dia lebih banyak pengetahuan Islam berbanding dirinya sendiri.

"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," ujarnya ketika ditemui media semalam pada sesi pra dengar lagu-lagu solo terbaharu di studio milik penyanyi itu sendiri, di Pharcyde Studio, Kuala Lumpur. josrevalution




0 comments:

Post a Comment