Filled Under:

Astro banned Akhil Hayy selama 4 tahun?


Menurut laporan MalaysianDigest, lama sudah kita tidak mendengar kisah Akhil Hayy. Difahamkan berita terbaru mengenai dirinya, dia di banned oleh Astro. Isu ini sebenarnya sudah 4 tahun menimpa Akhil. Dulu pernah Akhil tampil dalam rancangan Cafe Akhil Hayy namun rancangan itu hanya tinggal kenangan sahaja.

"Mula-mula zikir saya ditarik. Kemudian Azan saya pula ditarik. Saya juga sepatutnya menjadi juri untuk program realiti Pencetus Ummah, tapi tak jadi. Terbaru, saya ditawarkan berlakon untuk sebuah telemovie 'Rock Sangkut', terbitan produksi Mawi (Mawi Entertainment). Namun Mawi memaklumkan nama saya tidak diterima oleh pihak stesen tersebut.

Ketika saya dimaklumkan perkara itu, Mawi sendiri tidak dapat memberikan alasan kerana pihak stesen tersebut tidak menyatakan sebab kenapa nam saya ditolak,

"Saya tidak tahu kenapa? Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan. Tapi saya ada rujuk kepada pihak Astro dan mengikut sumber yang dipercayai, nama saya ditolak gara-gara seorang individu yang mempunyai kepentingan dalam stesen TV tersebut",

"Saya tidak tahu sebab kenapa individu itu berbuat demikian. Saya cuma mahu beliau beritahu saya satu alasan kukuh kenapa nama saya disekat?. Sehingga kini saya tidak berjumpa dengan individu itu untuk berbincang kerana saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan beliau", izyan.




0 comments:

Post a Comment