Filled Under:

SUMBER MATA AIR TELAGA ZAM-ZAM



Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu.

Telaga zamzam sedalam 30 meter dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Terdapat beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter, selepas itu paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zamzam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara tertentu.

Tahukah anda air zamzam dijual yang dibotolkan itu tidak lagi 100 % tulen, ia telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munasabah.












0 comments:

Post a Comment