Filled Under:

7 Sebab Mengapa Wings Bengang Dengan KRU!



KUALA LUMPUR, 20 MEI 2014: Semalam telah berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran album studio baru Wings berjudul Menakluk Kosmos di Hard Rock Cafe.

Di kalangan fans tegar serta pengikut Wings iaitu Sayap-Sayap Wings, anda pastinya maklum bahawa ini adalah studio album terbaru yang dihasilkan selepas 13 tahun mereka sepi tanpa sebarang produk.

Menariknya, kali ini album studio baru mereka itu telah diterbitkan oleh KRU Music. Satu gabungan yang disifatkan cukup menarik bagi pemerhati industri muzik Malaysia.

Namun dalam ruangan Murai Batu yang pada dimuatnaik pada awal pagi tadi, Wings dilaporkan bengang dengan KRU Music sepanjang majlis sidang media serta pelancaran album tesebut diadakan.

Nak tahu kenapa anggota-anggota band muzik rock lagenda tersohor ini bengang. Ini sebab-sebabnya!

1. Belum pun album Menakluk Kosmos berada di pasaran, sudah ada cetak rompaknya. Nampak sangat macam tidak ada penjagaan yang baik daripada pihak tertentu.

2. Majlis sidang media serta pelancaran album itu seperti melepaskan batuk di tangga.

3. Tiada bunting, banner atau poster Wings. Yang ada cuma banner-banner KRU. Menyebabkan beberapa wartawan tertanya-tanya apakah ini majlis sidang media dan pelancaran album baru Wings atau pun KRU?

4. Sampul press release untuk majlis tersebut menggunakan sampul surat yang boleh didapati di kedai-kedai mamak atau 7-Eleven.

5. Pada saat sidang media serta pelancaran album itu berlangsung pun, album baru Wings masih belum siap dan masih lagi dalam proses cetakan.

6. Wartawan hiburan yang hadir untuk membuat liputan terhadap majlis tersebut hanya beberapa kerat saja dan tidak seramai seperti mana majlis sidang media Wings yang sebelum-sebelumnya.

7. Wings seolah-olah diperlakukan seperti band muzik yang baru hendak menceburkan diri sedangkan mereka adalah legend di dalam industri muzik Malaysia.

Apakah jawapan KRU Music terhadap perkara ini? Kata salah seorang kakitangan KRU Music, tunggu sehingga bos mereka iaitu Norman Abdul Halim kembali dari Cannes. murai




0 comments:

Post a Comment