Kasihan juga melihat dugaan dan apa yang perlu diterima pelakon Fiza Halim, selepas kisah rumahtangganya dengan penyanyi, Adam AF diperkatakan sehingga mereka sah bercerai 29 April lalu, kini timbul pula isu baru. Ceritanya begini, semalam Fiza ada memuat naik fotonya di Instagram manis berbaju dan berhijab merah jambu keluar bersama 2 orang anaknya dari perkahwinan sebelum Adam.
Meskipun ramai yang memuji keayuan dan kesopanannya itu tak kurang juga yang menegur dalam entri komen fotonya itu. Antara terguran itu adalah mengenai tindakan Fiza yang keluar ke rumah ketika tempoh edah masih ada. Mereka beri pendapat masing-masing mengikut rujukan agama Islam yang mereka ketahui.
Dalam komen itu juga memberitahu Fiza perlu duduk di rumah kerana mungkin bekas suami akan kembali rujuk dengan mudah. Pun begitu tak kurang juga yang kurang bersetuju dengan yergurn itu kerana Fiza juga perlu teruskan hidup seperti biasa kerana jika di rumah mungkin dia akan bersedih. Murai Batu
0 comments:
Post a Comment