Filled Under:

Petua Merawat Demam Denggi



Ambil 2 helai daun betik yang hijau dan segar, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Basuh daun dengan air sehingga bersih. Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carik-carikkan bahagian daun sahaja. Giling atau tumbuk daun tersebut sehingga lumat/berair.

Perah jus daun tersebut. Anda akan dapat anggaran dua sudu makan jus daun betik. Minum jus daun betik 2 kali sehari (1 sudu pagi dan 1 sudu petang). Tidak perlu tambah air atau masak jus daun betik tersebut. Rasanya memang pahit tapi mujarab. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Petua kedua adalah dengan minum 100 plus 1.5 liter atau lebih. Petua terakhir dengan minum/makan sup ketam. Kita hanya mampu berusaha..doa..dan tawakal. Selebihnya atas keizinan Allah swt. Wallahualam





0 comments:

Post a Comment