Filled Under:

MH370: HISHAMMUDDIN TIDAK BERI HARAPAN PALSU


HISHAMMUDDIN | PEMANGKU Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan memberikan maklumat tepat dan disahkan berdasarkan siastan dan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan bukannya memberikan harapan yang akhirnya mungkin akan menjadi harapan palsu.

Beliau hari ini berada di Hotel Everly, Putrajaya dan bertemu dengan ahli keluarga Malaysia penumpang pesawat berkenaan untuk menjelaskan dan memberi perkembangan operasi mencari pesawat itu.


Kini operasi mencari masuk hari ke-22 dilakukan di selatan Lautan Hindi di koridor selatan diketuai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). “Ahli keluarga mahu kami beri harapan, kami hanya boleh beri maklumat yang kami ada, bukan harapan palsu,” katanya dalam satu sidang media di sana hari ini.

Menurut beliau, apa yang penting ialah pihak tidak bertanggungjawab dan orang ramai berhenti membuat andaian berkaitan kejadian yang menimpa pesawat itu.


“Ketepikan semua konspirasi dan spekulasi, itu yang akan memberi kekuatan kepada keluarga penumpang. “Saya seru orang ramai untuk faham sensitiviti keluarga, kita akan teruskan pencarian jika ada yang terselamat,” kata Hishammuddin.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan hari ini membuat lawatan berkenaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya. – MYNEWSHUB




0 comments:

Post a Comment