Filled Under:

MH370: PENTAGON SAHKAN AS HANTAR BLUEFIN UNTUK CARI KOTAK HITAM



Amerika Syarikat akan menghantar alat pengesan bunyi dan dengungan yang mampu menerokai dasar laut sedalam 15,00 kaki untuk membantu operasi mencari bangkai pesawat MH370.

Pentagon berkata, peralatan sonar yang dilengkapkan dalam kenderaan menyelam dasar laut – Bluefin itu kini berada di Australia selepas jam kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa pesawat MH370 mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi, semalam.

“Kita mempunyai kira-kira 200 orang yang dalam kesedihan ketika ini. Mereka baru saja menerima berita yang mengejutkan dari kerajaan Malaysia,” kata jurucakap Pentagon, Laksamana Muda, John Kirby.

Bluefin berukuran lima meter panjang dan seberat 800 kilogram, demikian menurut Tentera Laut AS.


Kirby berkata, Bluefin mampu beroperasi lebih sehari dalam had laju perlahan. Keputusan untuk menghantar Bluefin itu adalah tambahan kepada aset pengesan sonar “Towed Pinger Locater,” yang mempunyai teklologi lebih tinggi untuk mengesan kotak hitam.




0 comments:

Post a Comment