Filled Under:

UPLOAD GAMBAR TANPA BAJU, REMY ISHAK JADI BUALAN RAMAI WANITA DI INSTAGRAM


Bagi mereka yang menonton dan mengikuti drama JIWA di TV3, pastinya anda sudah sedia maklum yang Remy Ishak adalah salah seorang 'hero' dalam kisah pertarungan antara adik beradik itu. Watak Remy sebagai Fighter tegar nampak 'real' dengan susuk tubuh badannya yang sasa.

Baru-baru ini, Remy memuatnaik sekeping gambar tanpa berbaju di Instagram miliknya membuatkan ramai para wanita kagum dengan tubuh #seksi milik pelakon lelaki kacak itu.

Tidak cukup dengan memuji, ada juga peminat yang mengakui bahawa Remy memiliki ciri-ciri lelaki idaman mereka.

Gambar yang dimuatnaik oleh Remy itu dipercayai dirakam ketika sesi penggambaran di sebuah pulau dalam Malaysia. - OhBulan!




0 comments:

Post a Comment