Filled Under:

Amanda Imani Bangga Memilik Tubuh Yang Menggiurkan

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Bukan sekali dua, penyanyi Amanda Imani dicemuh dengan gelaran yang bukan-bukan. Itu semua berlaku lantaran dia memiliki tubuh yang agak berisi selain berangka besar. Ada yang mencemuh dengan panggilan wanita gergasi atau apa saja yang terlintas di fikiran mereka. Tentu sekali dia mudah menjadi bahan cemuhan kerana statusnya sebagai seorang artis membenarkan dia diperlakukan begitu. Itu tanggapan kebanyakan orang.

Kerjayanya itu tentu sekali mengundang banyak mata untuk mencari setiap kesalahan atau kejelikan yang ada pada dirinya meski itu tidak diingini Amanda. Malah itu menjawab persoalan mengapa anak muda berusia 21 tahun ini sukar menjadi pilihan utama gadis muka depan sesetengah majalah atau akhbar. Menganggap Amanda tidak boleh dijual, hal itu menjadi tanda tanya buat sesetengah pihak mengapa wanita ini bagai dianaktirikan gara-gara memegang gelaran `artis wanita gergasi.

Menyelami pandangan pelantun lagu Selamilah Cinta ini, ternyata dia sudah lama menyedari kritikan dan pandangan enteng sesetengah pihak padanya berhubung perkara yang satu itu. Masa mula-mula masuk dalam industri seni saya mengaku, saya memang tak biasa dengan situasi bila orang memandang aneh dengan saya. 

Maklumlah masa itu, apalah yang diketahui gadis 17 tahun mengenai industri. Ya, awalnya saya sangat terasa dengan cemuhan orang mengenai tubuh saya. Mereka kata begitu begini dan itu memang pedih. Tapi sampai satu tahap, saya sudah lali dengan itu semua," katanya.

Kongsi wanita yang memiliki ketinggian 170cm ini, dia lebih senang untuk menganggap cemuhan itu sebagai satu perkara yang subjektif memandangkan pandangan setiap individu adalah berbeza. Sejak dulu lagi, tubuh saya memang begini. Saya tak rasa itu satu tekanan terutama untuk saya ikut cakap orang untuk menjadi seorang yang bertubuh kurus.

Ada orang cakap saya okey begini, ada pula yang tak suka. Saya tak kecil hati atau marah bila orang bercakap mengenai hal ini atau menjadikannya isu sebab saya tahu sukar untuk saya menutup mulut orang. Jadi apa yang saya lakukan, saya biarkan saja apa yang mereka mahu katakan. Nak buat macam mana kalau tubuh saya tak seperti figura wanita Asia lain," ujarnya.


Bangga

Meski jenuh berhadapan dengan kata dan umpatan orang, Amanda yakin bahawa apa yang dia miliki kini sudah begitu cukup untuk membuat dirinya berasa bangga. Ya, saya bangga dengan diri saya. Rasanya saya tak perlu menuruti kemahuan orang. Kalau saya nak kurus, saya akan buat atas inisiatif sendiri. Bukan kerana disuruh-suruh.

Lagipun, tak semestinya saya tak kurus maka saya tak boleh berjaya. Ada banyak contoh artis atau selebriti yang berjaya dalam bidang mereka walau bertubuh besar. Contohnya Adele, Kim Kardashian dan ramai lagi. Ramai pereka fesyen tanah air yang secara peribadi memuji tubuh saya kerana tak terlalu kurus dan nampak cantik dalam busana mereka. Jadi itu antara kelebihan yang saya dapat.

Jadi tak salah bukan kalau saya memilih untuk menjadi seorang yang berbeza. Sebab kalau semua orang sama, pasti membosankan. Sama seperti isu pakaian, orang kata saya seksi. Pada saya asalkan yang saya pakai itu selesa dan menyakinkan, saya akan pakai," katanya.

Dalam riak wajah yang masih tenang, jelas Amanda dia tidak peduli dengan segala cemuhan itu kerana baginya apa yang penting adalah menjalani hidup dalam kegembiraan dan sihat.
Malah bercerita dalam niat bukan untuk meninggi diri, kata Amanda, meski menjadi bahan umpatan, setidak-tidaknya dia bangkit membuktikan bahawa dia mampu berjaya dalam landasannya.

Saya bersyukur dalam orang mengata, saya telah dipilih untuk menjadi duta produk kosmetik Za untuk tempoh kontrak selama setahun. Itu rezeki dan tuah buat saya.
Jadi untuk apa saya nak runsing memikirkan apa kata orang sedangkan rezeki itu ada buat saya walau ramai yang tak suka saya," katanya.




0 comments:

Post a Comment