Filled Under:

Mangsa dirawat akibat pengambilan dadah meningkat


KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa yang dirawat di hospital akibat pengambilan dadah sintetik secara berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil meningkat menjadi 14 orang , lapor Utusan
Semalam hanya dua individu masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan seorang di Pusat Perubatan Unversiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), namun hari ini jumlah berkenaan bertambah.

Daripada jumlah itu, rakyat dari Singapura paling ramai dirawat iaitu sembilan orang manakala masing-masing seorang dari Malaysia, Myanmar, Iran dan Taiwan manakala seorang lagi mangsa belum dapat dipastikan warganegaranya.




0 comments:

Post a Comment