Filled Under:

Anak Rozita Che Wan dapat 8A


KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18, cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperolehi 8A dalam peperiksaan itu.

Ammar ketika dihubungi portal Murai memberitahu, selain berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara dia turut mengimpikan hadiah yang cukup istimewa daripada keluarganya.

“Saya mahu sebuah kereta sport…Lesen kereta saya dah ada…Kalau ‘mommy’ nak hadiahkan kereta sport sudah tentu saya gembira.

“Pesan saya kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan SPM supaya bekerja keras kerana bukannya mudah untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Mulakanlah pengajian secara bijak dan kerja keras dari tingkatan 4 bagi memastikan apa yang diingini tercapai,” katanya kepada portal Murai.

Kata Ammar, bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telah pun diluluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.

“Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan," katanya lagi kepada murai.com.my. -- Astro Gempak




0 comments:

Post a Comment