Filled Under:

Penemuan terbaru di Lautan Hindi




Sepang: Pihak Kedutaan China mengesahkan menerima gambaran satelit sebuah objek yang ditemui terapung di Koridor Selatan.

Perkara itu dimaklumkan melalui panggilan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussien ketika sidang media sedang berlangsung di Hotel Sama-Sama, KLIA, sebentar tadi. 


Objek yang ditemui melalui rakaman satelit itu dipercayai berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Katanya, Malaysia akan menghubungi kerajaan China bagi mendapatkan maklumat serta perkembangan lanjut berhubung penemuan terbaru seperti yang didedahkan rakaman satelit milik China.

PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menunjukkan nota yang diterima mengenai imej satelit terbaru yang dilaporkan kerajaan China menunjukkan beberapa objek terapung di koridor Selatan. FOTO Mohd Fadli Hamzah.

"Kita akan berbincang bagi memastikan perkara dan langkah yang perlu diambil ekoran penemuan terbaru ini," katanya kepada media pada sidang media, semalam. Menurutnya sebaik menerima maklumat penuh pihaknya akan memaklumkan kepada media termasuk keluarga mangsa.HM




0 comments:

Post a Comment