Filled Under:

‘Tears’ Kini Semakin Pulih



“Kami panggil dia ‘Tears’ kerana setiap kali melihat air mukanya itu menampakkan kesedihan, hati ini turut sama bersedih merasai sengsara dan kesakitannya itu,” kata Manjushree Aptathurai, 36, penjaga kucing yang didakwa dipukul seseorang pada 29 Ogos lalu.

Kisah Tears iaitu seekor kucing putih berbelang oren yang mengalami kepatahan rahang selepas dipercayai dipukul menggunakan kayu menjadi viral di laman sosial serta mendatangkan kemarahan orang ramai yang mahukan pembelaan bagi si comel itu.

Susulan itu, menerusi Harian Metro yang menyiarkan kisah berkenaan kelmarin sebelum berjaya menjejaki Manjushree iaitu penjaga baru si comel berkenaan.

Manjushree yang juga pengasas sebuah pusat menyelamat haiwan di Balakong di sini, berkata keadaan Tears kini sudah bertambah baik selepas menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah teruk.



“Saya tidak tahu punca dia dipukul dan bagaimana seseorang itu sanggup memukul kucing tak berdosa ini. “Ketika saya menemuinya keadaannya sungguh menyedihkan dengan mulutnya hancur dan berdarah.

“Saya menghantarnya mendapatkan rawatan di klinik haiwan, malah Tears terpaksa diberi makan dan minum melalui tiub khas,” katanya. Hmetro




0 comments:

Post a Comment