Filled Under:

Doktor Paling Di Percayai Di Malaysia



Doktor paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Inilah rumusan kaji selidik yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia. Sejujurnya jawapan ni bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kalau tak percaya pada doktor tentu tak akan ramai yang ke hospital bila sakitkan. 

Yalah ini berkaitan dengan nyawa. Pastinya kita tak akan mengambil risiko berjumpa dengan mereka yang bukan pakar, walaupun ada juga yang berjumpa dukun/bomoh kalau sakit. Selain daripada doktor, cikgu dan professor juga adalah antara profession yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. 

Yang ni kita pun tak terkejut coz kalau kita tak percaya kepada cikgu atau professor, tentu tak ramai yang akan ke sekolah atau ke universiti kan. Ilmu yang diajar cikgu itulah yang tersemat dalam hati kita sejak kecil lagi. Bayangkan kalau ilmu yang diajar cikgu tu tak tepat, mungkin ramai yang dah tak jadi "orang' kot sekarang ni. 

So terima kasih untuk cikgu-cikgu dan prof-prof yang telah berkongsi ilmu dengan kita sejak dari kecil. Jasa semua tak akan kita lupa sampai bila-bila.


Ahli Politik Paling Tak Di Percayai

Kalau doktor, cikgu dan professor menduduki tangga teratas, menteri, ahli koporat dan juga ahli politik menduduki 3 tangga tercorot. Dalam erti kata lain, profession yang paling tak dipercayai di Malaysia. Waduh..berat ni..nasib baik tak jadi orang politik ya. 

Apa-apa pun kita tak terkejut dengan rumusan ni coz kebanyakan janji-janji orang politik adalah janji manis yang selalu di ungkapkan menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya, Alhamdulillah kalau ada yang terlaksana. Kalau tak ia akan jadi manifesto yang tiada due date. Diperbahrui setiap 5 tahun sekali.

Kesimpulannya, tahniah untuk doktor, cikgu dan juga professor yang mengungguli carta kepercayaan rakyat Malaysia. Dan kepada ahli politik, jadilah ahli politik yang bertanggungjawab. Bekerja untuk rakyat bukan untuk kepentingan ahli keluarga dan juga rakan-rakan rapat ya. 

Ingatlah setiap pekerjaan kita adalah amanah dari Allah. Kalau pecah amanah, besar akibatnya. Sengsara di dunia dan juga diakhirat. Peringatan untuk diri kita juga walaupun my profession tak termasuk dalam list. he..he.. myblogsantai




0 comments:

Post a Comment