Filled Under:

Kisah Sayu Pakcik Tua Meninggal Dunia Tanpa Di Ziarahi Anak! (Wajib Baca)



Menangis lihat seorang pakcik tua sakit lama dan meninggal dunia di hospital tanpa diziarahi oleh anak-anaknya... Semasa saya khidmat di sebuah wad menjaga sahabat saya yang sakit. Saya lihat ramai pendeta agama lain memberi khidmat kepada pesakit...

Ada seorang tua dekat 90 tahun dijaga, dibersihkan, diuruskan, dimandikan oleh sekumpulan pendeta itu..saya cuba dekat dengan pakcik tadi dan belajar buat apa yang pendeta itu buat. Saya suapkan pakcik tadi makan..dan saya berbual dengannya..saya belajar bantu mana-mana yang termampu.

Pakcik tinggal mana. Saya duduk di situ sudah 3 hari tapi tiada sesiapa menziarahi pakcik tu. Dia pun ceritakan mengenai anak-anaknya. Dia dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya kerana risau ayahnya tidak dapat jagaan jika duduk kampung. Selalunya begitulah bisikan syaitan.Dengan pelbagai penyakitnya. Anaknya cuma datang ambilnya sekali sekala masa hari raya. Itupun lama kelamaan seorang pun tak ambilnya lagi.

Semenjak dia di hospital, kata nurse tiada siapa menziarahinya. Dia keseorangan dan dibiarkan. Dia selalu kata baik orang-orang agama ini selalu tolong pakcik. Anak pakcik orang Islam pun tak datang tengok pakcik dah..

Dia semakin uzur. Satu malam tengah saya tidur di katil kosong sebelah kawan saya. Saya tengok doktor dan ramai pembantu pergi ke pakcik tadi..Rupanya dia sudah meninggal dunia..

Rupanya masih banyak kisah begini. Anak-anak rasa terpaksa jaga ibu ayah. Sehingga terpaksa letak ibu ayah ke tempat penjagaan orang tua. Dan bila masuk hospital sampai hati tak ziarah sehingga meninggal dunia..wahai anak-anak semua termasuk diri saya di mana hati kita? Mereka tidak minta tua dan sakit. 

Dulu kita sakit mereka cium-cium kita. Kita muntah atau cirit birit mak ayah kita bersihkan. Mereka menangis kasihan pada kita. Mereka bersihkan najis dengan mata bergenang kerana sayang. Mereka pujuk kita. Hari ni bila nasb mereka begini. Anak takut dan geli dengan ibubapa. Biarkan orang lain jaga. Jika kita anak geli bagaimana orang lain..Mereka akan buat lebih kurang.. 

Kita khidmat sambil marah-marah. Kita buat muka dengan orang tua. Berbincang siapa nak jaga mereka depan mereka. Seperti mereka tiada perasaan. Mereka mak ayah kita. Saya lihat banyak mak ayah terpaksa lupakan perasaan mereka demi anak-anak masuk syurga. Sebab anak-anak hari ini ramai yang tidak pandai jaga perasaan orang tua mereka...tidak tahulah masa akan datang. 

Anak hari ini tengok cerita remaja barat yang menunjukkan anak-anak perlukan kebebasan..Ibubapa jadi bahan ketawa dan gurauan. Orang tua bodoh. Orang tua kuno...Ya Allah maafkanlah kami.

Ibubapa jaga anak-anak sehingga anak berjaya dan mereka bahagia melihatnya.
Tapi anak-anak jaga mak ayah hanya tunggu sehingga ibubapa meninggal dunia. Itulah nilai cinta kasih sayang ibu dan ayah.

Sayangilah ibu ayah. Seorang dukung ibunya semasa tawaf. Bertanya Abdullah Ibnu Umar. Adakah aku sudah membalas jasa ibuku dengan dukung ibu yang sudah tua ini. Jawab Abdullah Ibnu Umar ra kamu belum bayar walaupun satu urat ibu kamu yang putus semasa melahirkan kamu. 
Ustaz Ebit Lew




0 comments:

Post a Comment