Filled Under:

Pejabat Istana Temui Media, Ada Kaitan Isu Perkahwinan?



Gosip pasal artis yang nak kahwin dan yang sudah pun selamat bernikah memanglah selalu kita dengar. Murai Batu perhatikan, impak yang datang dari berita perkahwinan selebriti tidak sehangat dan eksklusif seperti zaman sebelum ini. Malah kini lebih banyak yang palsu dari yang benar.

Semalam Murai Batu ada terbaca satu entri daripada blog milik seorang guru mengenai khabar angin yang kini menjadi hebahan seantero negeri.

Tak lain tak bukan pasal aktres dan pengacara comel molek Neelofa yang bakal disunting menjadi suri kepada kerabat tertinggi di negeri Kelantan itu.

Neelofa tetap mengunci kalamnya daripada sebarang kenyataan walaupun ada pihak yang tampil meyakinkan sumber yang dimiliki masing-masing sahih dan benar.

Tetapi di dalam blog Noor Mala Shahar, blogger itu telah berkongsi cerita tentang pertemuan yang dibuat oleh Pejabat Istana Kelantan dengan pengamal media baru-baru ini.

Namun, pertemuan tersebut tidak ada kena-mengena dengan isu Neelofa.

Sebaliknya, ia diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan orang media dan istana. Media diberi taklimat berhubung tugas dan tanggungjawab pihak terbabit selain beberapa agenda yang bakal dianjurkan bersama antara Kelab Media Kelantan Darul Naim dengan Pejabat Sultan Kelantan.

Sokong dengan tindakan bijak Neelofa yang enggan mengulas mengenai hal ini kerana ia melibatkan pihak dan individu yang merupakan kerabat diraja. Jika tersalah bicara akan menimbulkan perkara-perkara yang diluar jangkauan minda kita sebagai rakyat biasa.

Tetapi jika benar pun memanglah cocok sekali Neelofa untuk bersanggah di atas singgahsana negeri Kelantan yang merupakan tanah tumpah anak kelahiran Pasir Mas itu. Cerita ini semua tersebar rentetan daripada pertemuan aktres itu dengan bekas MB Kelantan serta keputusannya untuk berhijab. Murai Batu




0 comments:

Post a Comment