Filled Under:

Kekasih Baik Hati Selalu Berikan Hadiah Hijab Kepada Adira!


Seperti sedia maklum, kekasih kepada penyanyi putih melepak, Adira iaitu Shahrul Nasrun kini semakin bahagia bersama. Dengarnya Shahrul sering kali memberikan hadiah yang jarang-jarang seorang lelaki berikan, iaitu hijab/tudung kepada Adira.

Ini adalah tanda sokongan Shahrul kepada kekasihnya itu di dalam proses mengenakan hijab pada dirinya.

“Sebelum Adira berhijab, saya selalu memberi nasihat, kalau awak pakai hijab mesti nampak cantik dan sopan, dia menerimanya dengan hati terbuka, Alhamdulilah berkat doa dan ketentuan Allah akhirnya dia berkeputusan untuk berhijab,”

“Saya pun percaya mana-mana pasangan yang bercinta akan meletakkan sasaran bahawa hubungan yang terjalin itu perlu diteruskan dengan perkahwinan. Namun buat masa sekarang saya tak boleh nak kata komen apa-apa lagi, biar masa sahaja yang menentukan,”.


 Murai




0 comments:

Post a Comment