Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2014 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Semalam Perdana Menteri umumkan? Ermmmm….
Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 (semua kakitangan sokongan) & RM1000 (untuk pegawai kerajaan). Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak dek kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015.
Yang menariknya, pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. Hebat…..pembawa dan penyebar berita ini.
Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan kononnya. Dan…..dikatakan berita kenaikan gaji 2015 naik utnuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs
Erm….beginilah Berita Semasa berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan dan penyebaran berita seperti ini yang sedang meluas pada ketika ini sehingga menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikannya yang langsung tidak ada.
Hakikatnya, selepas semakan Berita Semasa terhadap wakil Cuepacs dan juga wakil JPA mengesahkan berita kenaikan gaji naik 2015 untuk kakitangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Jabatan Perkhidmatan Awam tiada pekeliling baru berkaitan hal yang bakal dikeluarkan mereka.
Untuk pengetahun semua, datuk Najib Razak bersama-sama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia sekarang ini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari lamanya di sana bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. Masakan boleh tersebar berita tidak bertanggungjawab seperti ini?
P/S : Walaubagaiamanapun apa harapan kakitangan awam menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini? beritasemasa
P/S : Walaubagaiamanapun apa harapan kakitangan awam menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kali ini? beritasemasa
0 comments:
Post a Comment