Filled Under:

Ratu Cantik Myanmar Ni Harap Muka Je Cantik Tapi..


Seorang peserta ratu cantik dari Myanmar enggan memulangkan semula tiara berlian bernilai AS$100,000 (RM315,200) selepas kemenangannya dalam pertandingan ratu cantik Miss Asia Pacific World pada Mei lalu ditarik balik.

Jurucakap pertandingan tersebut, David Kim berkata, sebelum itu kemenangan May Myat Noe yang berusia 18 tahun ditarik balik kerana sikapnya yang kurang sopan dan tidak jujur.

Kata David, pihak penganjur telah membiayai pembedahan membesarkan payudara Myat Noe berjumlah AS$10,000 (RM31,520) selepas kemenangan tersebut.

“Bagaimanapun, Myat Noe bersifat tidak jujur dan tidak menghargai kami yang banyak membantu menaikkan namanya. Dia dan ibunya tinggal di Seoul hampir tiga bulan walaupun sebenarnya mereka dibayar untuk tinggal di bandar itu selama 10 hari sahaja,” katanya.

Menurutnya, Myat Noe kini menghilangkan diri bersama tiara yang dimenanginya dan para pegawai pertandingan tersebut sedang mengesan peserta berkenaan. 
mynewshub




0 comments:

Post a Comment