Filled Under:
Hiburan
Sheera Bukan Hendak Riyak
Posted By:
Unknown
on September 04, 2014
Tidak pernah terdetik di hatinya untuk riyak mahupun menunjuk-nunjuk kepada orang apabila tampil berhijab sejak Ramadan lalu. Bagi pelakon berbakat, Sheera Iskandar, penghijrahan dirinya pada bulan yang mulia itu hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT semata-mata.
“Sebenarnya, sudah lama saya memendam hasrat untuk berhijab dan hanya menunggu masa yang sesuai saja. Saya juga lebih suka membuat perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan selendang pada Ramadan tahun lalu. Hasrat untuk berubah juga lahir dari hati dan tanpa paksaan dari sesiapapun.
“Semuanya bermula ketika saya menjayakan program Gaza bersama rakan artis seperti Yatt Hamzah yang berlangsung di Masjid Shah Alam, tahun ini.
“Selepas majlis itu selesai, saya terus berasa janggal untuk menanggalkan tudung bila keluar rumah. Malah, ada pihak dari Real Hijab yang bermurah hati memberi saya pelbagai jenis selendang untuk digayakan dalam majlis dihadiri,” katanya. hmetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment