Islam mengesyorkan perkara-perkara berikut sebagai ubat kepada jiwa manusia yang kosong dan sakit:
1) Membaca al-Quran
Menjadikan al-Quran sebagai ubat motivasi.
Terapkan ajaran al-Quran dalam realiti kehidupan.
Ambil ilmu daripada al-Quran dan mengamalkannya.
Berusaha disiplinkan diri mengkhatamkan bacaan al-Quran paling kurang 3 bulan sekali.
2) Qiamullail
Mulakan dengan yang sedikit. Yang penting dapat melakukan qiamullail secara istiqamah.
Bangun malam sebulan sekali, kemudian latih untuk bangun malam seminggu sekali pula.
Kejutkan orang lain untuk qiamullail bersama.
3) Istighfar
Baca perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan.
Maksud bacaan istighfar: “Aku mohon keampunan-Mu, tiada Tuhan kecuali Engkau yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah, aku bertaubat kepada-Mu.”
Hitung bacaam istighfar 10 kali, 70 kali ataupun 100 kali setiap kali selesai solat.
4) Mengingati mati
Tubuh terbujur kaku, manusia menangisi pemergian, harta dan pangkat tidak boleh di bawa bersama. Apakah amalan yang hendak dipersembahkan? Jangan terkurang dos pengambilannya dalam sehari.
5) Menangis dan mengadu
Tiasa siapa yang lebih kuat melainkan Allah, tempat memohon kekuatan.
Semoga dengan pengaduan kepada Rab, segera menyembuhkan penyakit jiwa.
Hadis Nabi s.a.w. maksudnya: “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i).
Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan.
Wallhuaklam. islammy.com
0 comments:
Post a Comment