Filled Under:

Gosip Penceraian Vanidah Imran Dengan Rashidi Ishak


Vanidah, 41, yang dihubungi semalam berkata, dia menyarankan agar mana-mana pihak yang menimbulkan dakwaan itu merujuk dan mendapatkan bukti daripada mahkamah terlebih dahulu.


Katanya, dalam hal itu dia tidak perlu menyembunyikan status perkahwinan jika perceraian antara mereka benar-benar akan berlaku seperti didakwa.

“Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami,” katanya menerusi aplikasi mesej WhatsApp kepada Harian Metro, petang semalam.

Gosip mengenai krisis rumah tangga pasangan ini bukan pertama kali diperkatakan apabila pada Januari 2011 mereka pernah dilihat hadir ke Mahkmah Rendah Syariah di sini difahamkan untuk memfailkan perceraian.

Vanidah dalam kenyataannya menyangkal dakwaan liar itu dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai masalah dan berjalan dengan baik. Bagaimanapun, ura-ura mengenai status sebenar perkahwinan mereka terus menjadi buah mulut segelintir pihak.

Penjelasan Berlapik Isu Penceraian Dari Vanidah Imran :

“Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya,” kata pelakon Vanidah Imran ketika diajukan pertanyaan mengenai ura-ura terbaru mengatakan dia dan suami, pelakon dan penyanyi Rashidi Ishak bakal bercerai, tidak lama lagi.
Difahamkan, konflik perkahwinan mereka tercetus sejak isu babak lafaz cerai membabitkan Vanidah dan Rashidi dalam filem Untuk Tiga Hari (2012). Berikutan babak daripada filem arahan Afdlin Shauki itu, timbul pandangan daripada ulama menyarankan pasangan berkenaan memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam mengenai lafaz cerai yang diungkapkan itu. Namun, Vanidah menegaskan dia tidak akan pergi pejabat agama seperti dinasihatkan kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Bertitik-tolak dari situ, difahamkan hubungan mereka dipercayai mulai renggang dan terbaru sumber mendakwa pasangan ini sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Malah, kebelakangan ini, mereka juga sudah jarang dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis dan acara yang membabitkan Vanidah atau Rashidi. Keadaan itu secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya berhubung status sebenar perkahwinan pasangan ini. aiskosong




0 comments:

Post a Comment