Filled Under:

10 Cara Memujuk Lelaki Merajuk Yang Sensitif. Marah & Ego?


Foto Kredit: kitodiaries.wordpress.com

Cuba anda ingat bilakah kali terakhir suami atau teman lelaki anda merajuk? Sekiranya anda adalah lelaki, bila agaknya kali terakhir anda merajuk? Siapa yang lebih kerap merajuk? Adalah lelaki atau perempuan? Sila simpan jawapan di dalam hati anda kerana ruangan ‘Percintaan’ kali ini akan mengupas 10 cara yang dirasakan tepat untuk memujuk lelaki yang merajuk.

Lelaki, walau nampak ‘macho’, sebenarnya sensitif dan ego. Marah tidak tentu pasal. Namun ada rahsia memujuk lelaki yang merajuk. Buat para wanita yang bergelar isteri, boleh aplikasikan pada suami sendiri. Mari kita cuba!



Kenalpasti punca atau sebab lelaki merajuk

1. Kenalpasti Punca
Untuk memujuk lelaki yang sedang merajuk, perkara pertama yang anda perlu kenalpasti adalah punca atau sebab lelaki itu merajuk. Sekiranya anda tahu puncanya, maka ia lebih mudah untuk anda memujuk golongan lelaki kerana anda hanya perlu mengaku kesilapan atau kesalahan anda walaupun terang-terangan bukan salah anda serta menyokong tindakan ‘merajuk’nya itu.

Ingat! lelaki mempunyai satu sikap tegar iaitu ego. Jangan ditambah atau dicabar egonya ketika lelaki merajuk. Puji mereka demi meneruskan perhubungan awam yang baik selanjutnya.



Mulakan dengan meneka


2. Mula meneka sebab
Sekiranya anda tidak pasti punca lelaki itu merajuk, sudah tentu situasi seperti ini lebih sukar Bagaimanakah anda ingin tahu punca sebenar lelaki merajuk?

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jawapan terlintas di kepala anda, mulakan dengan mencari petunjuk atau ‘hint’. Mulakan dengan meneka. Kumpulkan tekaan-tekaan anda itu sebagai persediaan untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Mula meminta maaf kerana mengganggu urusannya dan mula meneka. 

Lelaki suka sekiranya ada orang mengambil berat terhadap mereka sekiranya mereka bermasalah kerana mereka suka memendam. Mereka rasa tidak ‘cool’ kalau bermasalah walaupun tanpa mereka sedari, mereka akan perlahan-lahan membongkarkan rahsia masalah mereka kepada kita secara perlahan-lahan.


Berbual dengan nada yang sopan dan lemah lembut serta menenangkan


3. Jangan tegas tapi santai
Kenapa lelaki mudah tertarik bila berurusan dengan wanita? Selain daripada tarikan fizikal, ada juga lelaki yang tertarik dengan tutur kata dan bicara seorang wanita kerana lemah lembut dan sopan. Dengar erti kata lain, seorang lelaki memang suka bercakap kasar atau ganas, tetapi mereka sebenarnya tertarik dengan percakapan dan susun atur lisan atau komunikasi yang lemah lembut dan sopan santun Sekiranya anda tidak percaya, cuba suruh seorang lelaki bercakap sopan dan lemah lembut kepada seorang lelaki lain dan lihat responnya.

Jadi, anda boleh ajak mereka berbual atau berbicara dengan nada yang sopan dan lemah lembut serta menenangkan. Persoalannya, adakah ton nada anda apabila bercakap mencapai piawaian yang dimaksudkan? Uji sekarang.



Gunakan jenaka dan komedi ketika ingin memujuk


4. Berjenaka dan komedi
Jenaka adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh diterima setiap individu. Namun, hiburan perlu diketengahkan atau dilakukan pada masa dan tempat yang sesuai.

Sama ada anda perasan atau tidak, anda boleh menggunakan jenaka dan komedi ketika ingin memujuk soerang lelaki. Cuba mendekati lelaki yang sedang merajuk dan mula melakukan jenaka yang tidak perlu keterlaluan dan komedi atau berseloroh yang ringan.

Untuk menjaga hati ada yang berusaha untuk berjenaka serta menjaga air muka ‘cool’ atau ‘macho’ mereka, mereka akan cuba memberi maklumbalas dengan mula mengukir sedikit senyuman. Itu petanda perangkap sudah menjadi.



Belikan sesuatu untuk memulakan perbualan

5. Belikan sesuatu untuk memulakan perbualan
Anda mungkin tidak tahu atau tidak pandai memulakan langkah apabila lelaki sedang merajuk. Cara paling mudah dan ringkas adalah membelikan makanan atau minuman yang rutin dan berikan kepada lelaki tersebut.

Contohnya, ketika waktu makan tengah hari, anda biasa pergi menjamu selera makan tengah hari anda bersama lelaki tersebut dengan nasi bercampur lauk. Cuba, bungkuskan satu pek polisteri berisi nasi dan lauk yang mungkin biasa dimakan olehnya atau sebarang lauk. Ingat, bukan isinya yang penting tapi sebab untuk menegurnya yang penting.



Cara Memujuk Lelaki


6. Mengajak melakukan perkara yang dia suka
Walaupun seorang lelaki itu sedang merajuk, tetapi hari kecil mereka masih sukar untuk menolak aktiviti kebiasaan atau tabiat mereka. Contohnya, ajak lelaki yang merajuk ini ke luar pejabat untuk merokok. Pasti semua masalah bakal dikongsi dan dilepaskan.

Contoh yang lain, ajak mereka bercerita tentang sukan seperti Liga Inggeris atau Liga Malaysia ataupun hobi yang biasa dikongsi bersama.


7. Melayan mereka seperti tiada masalah
Kadang-kadang, ego seorang lelaki itu tersangat tebal ataupun mereka lebih suka pendam dan tidak mahu diluahkan kepada orang lain kerana itu adalah prinsip hidup mereka.

Sekiranya situasi seperti ini berlaku, anda perlu malayani lelaki yang merajuk tersebut seperti keadaan yang sepatutnya atau kebiasannya. Lama-kelamaan, mereka akan melepaskannya atau melupakannya dengan sendiri.

Lelaki seperti ini biasanya jenis ‘hangat -hangat tahi ayam’ iaitu emosi mereka sekejap sahaja boleh menjadi ‘panas’ dan sepantas kilat mudah menjadi ‘sejuk’.



Manipulasi orang yang mereka paling sayang


8. Kalahkan mereka dengan kelemahan
Setiap manusia pasti ada kelemahan. Begitu juga dengan lelaki, Umpan sifat rajuk mereka dengan kelemahan mereka. Contohnya, kawan atau teman yang paling rapat dengannya. Anda juga boleh memanipulasi orang yang mereka paling sayang seperti teman wanita, tunang atau isteri. 

Ada yang boleh menyuruh ibubapa atau adik-beradiknya. Kadang-kadang, mereka tidak seharusnya perlu berdepan atau bersemuka dengannya, taktik ini boleh digunakan menggunakan panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas sahaja. Ada yang lebih moden dengan menggunakan lamam sosial atau sembang seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan lain-lain lagi.



Lakukan sesautu yang di luar kebiasaan


9. Memalukan Dan Memperbodohkan Diri Untuk Si Dia
Sekiranya anda kreatif dalam menangani situasi ini, anda boleh melakukan sesautu yang di luar kebiasaan seperti menyanyi, mereka kad ucapan sendiri, menulis puisi maaf dan sebagainya.

Si lelaki yang merajuk itu nanti pasti tersenyum atau ketawa sendiri melihat anda sanggup memalukan diri untuk memujuk hatinya.



Anda juga ada hak untuk merajuk manja


10. Ugutan Manja
Sekiranya semua yang anda telah lakukan seperti di atas tidak menjadi dan anda sudah penat melayan karenah lelaki merajuk, maka sudah tiba masanya untuk anda melakukan tindakan yang drastik atau perlakukan atau tindakbalas keterbalikan psikologi (reverse psikologi).

Anda juga ada hak untuk merajuk manja. Lagipun, jika difikirkan sejenak apa rasionalnya seorang lelaki merajuk? Jawapannya, sudah pasti ingin menarik perhatian dan ingin pasangan atau orang sekeliling memanjakannya. Oleh itu, sekiranya rajukannya itu memberi kesan yang berbeza dan tidak dijangka oleh si lelaki tersebut, pasti dia akan berpaling kembali memperbetulkan keadaan. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang ‘Macam comel je, macam comel je’. siraplimau




0 comments:

Post a Comment