Pelakon Ayu Raudah akui dia tidak dapat menahan kesakitan ketika melakonkan babak dipukul oleh Iqram Dinzly dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Malah Ayu Raudah berkata kepada BH Online, dia sehingga kini trauma bile mengenangkan babak yang terpaka dilaluinya itu.
"Memang kebanyakan babak membabitkan saya dengannya memerlukan aksi pukul memukul di antara suami isteri. Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul.
"Trauma juga dengan setiap babak itu. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

"Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai," katanya.
Semalam, suami pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha ada memuat naikkan status di laman Twitter miliknya yang mengakui tidak sanggup melihat isterinya diperlaku begitu di dalam filem tersebut, malah dia seolah-olah berang dengan Iqram dan tidak membenarkan isterinya berlakon lagi.
Menurut Ayu lagi, setiap kali penggambaran dilakukan, Iqram akan minta maaf dengan apa yang dia lakukan kepada saya. Ayu menjelaskan beliau tidak mempunyai isu dengan Iqram.
"Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak.
"Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi," katanya lagi. murai
0 comments:
Post a Comment