Filled Under:

Yuna Puji Penampilan Elfira Loy Dalam Persalinan Syomir Izwa



Penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Yuna memuji penampilan pelakon kecil molek, Elfira Loy yang menyarungkan persalinan rekaan pereka fesyen tempatan, Syomir Izwa.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Syomir Izwa di laman Facebook miliknya, pelakon drama Dalam Hati Ada Taman itu telah menggayakan gaun pendek gabungan warna-warna pastel rekaan pereka fesyen berkenaan yang digayakan bersama tas tangan kecil sebagai penyeri.

Malah gambar berkenaan telah mendapat perhatian Yuna sebagai menjawab kapsyen yang ditulis Syomir Izwa iaitu “Comel ke tidok?! Miss Elfira Loy looking adorable in Syomir Izwa summer/cruise13 RTW today”.

Kerana gambar dan kapsyen berkenaan, Yuna menjawab “she looks young and chic! yay!!! (i think we talked about this) well done syomir!”.

Berdasarkan komen berkenaan menunjukkan penyanyi Rescue itu memang mengikuti perkembangan fesyen Elfira Loy dan dalam masa yang sama memuji penampilan Elfira Loy yang disifatkannya kelihatan segar, muda serta bergaya hebat.

Dalam masa yang sama juga, Yuna turut memuji kebijaksanan Syomir Izwa dalam melahirkan satu persalinan hebat buat pelakon berkenaan apatah lagi pereka fesyen itu merupakan salah seorang pereka fesyen kegemarannya sejak di awal pembabitannya dalam industry hiburan.

Bukan sahaja Yuna, malah beberapa individu turut memberikan reaksi positif terhadap penampilan Elfira Loy yang dikatakan sangat comel dan bergaya hebat.

Sementara itu, Syomir Izwa turut mengadakan jualan murah dengan potongan harga sehingga 60 peratus terhadap beberapa persalinan terpilih rekaannya.

Mereka yang berminat boleh mengunjungi butik Syomir Izwa yang berlokasi di 89 Lorong Maarof, Bangsar atau dengan menghubungi 03-22820299. Murai




0 comments:

Post a Comment