Filled Under:

Sharifah Sakinah Tiada Tema Untuk Majlis Tunang



Bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka bergelar juruterbang, pengacara dan pelakon Sharifah Sakinah tidak merasakan kerjaya seninya bakal terjejas selepas dia berkahwin kelak.

Jika anda follow beliau di Instagram, anda boleh saksikan beliau kini sibuk dengan program fitness. Sakinah yang baru saja merangkul anugerah bagi kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 bakal melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang bernama Aliff Adha pada 25 Oktober ini dan mereka dijangka akan bernikah pada Mac tahun hadapan.

“Saya rasakan perihal kerjaya tiada kena mengena dengan status seseorang. Saya percaya kepada ketentuan rezeki. Kekasih saya pun faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon, pengacara dan pelawak. Malah, selepas berkahwin nanti pun tiada halangan untuk saya meneruskan kerjaya saya sebagai seorang selebriti,” ujar Sakinah ketika dihubungi oleh GUA.

Mengulas mengenai persiapan pertunangannya tidak lama lagi, Sakinah menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusnya. Tidak memilih sebarang tema, majlis tersebut akan berlangsung secara sederhana.

“Persiapan pertunangan biasa-biasa sahaja. Semua persiapan dan aturcara majlis itu nanti sudah saya serahkan kepada pengurus saya. Majlis itu nanti akan berlangsung secara sederhana dan ringkas sahaja. Majlis tersebut nanti akan berlangsung di kediaman saya di Melawati,” ujar pelakon filem ‘Pekak’ ini lagi.

Bercakap mengenai kekasih hati, Sakinah memberitahu dia dan Aliff sudah setahun saling mengenali. Jelas Sakinah, dia begitu serasi dengan Aliff kerana perwatakannya yang ringkas dan bersahaja.

“Saya sifatkan dia sebagai seorang yang ringkas, sederhana dan bersahaja. Dia tak banyak karenah, selamba dan tidak kecoh-kecoh. Mungkin ciri-ciri tersebut membuatkan saya senang bersamanya,” jelasnya ringkas. GUA




0 comments:

Post a Comment