Filled Under:

Wajah Model Cantik Li Ying Zhi Berubah Mengerikan Selepas Dua Tahun Kerana Pembedahan Plastik



Li Ying Zhi adalah seorang model yang terkenal dan cantik berasal dariada China. Ying Zhi terkenal dengan jolokan "Beauty Of Qingdao" mempunyai ketinggian 1.77 meter, Ying Zhi terkenal dengan model Motor Show, Fesyen. Kemunculan dia semasa Beijing Motor Show 2012 memang memukaukan mereka yang hadir kerana penampilannya amat sempurna dan cantik.

Namun begitu kecantikkannya itu hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Selepas Beijing Motor Show 2012, rupa Ying Zhi berubah menyeluruh kerana pembedahan plastiknya seolah-olah telah tamat tempoh.

Dua tahun selepas pembedahan plastik, model ini muncul kembali di khalayak ramai. Malangnya, harapan peminatnya melihat kembali kecantikan Ying Zhi pupus sama sekali.

Dalam gambarnya yang tersebar di internet, rupa Ying Zhi kelihatan aneh dengan dagunya yang condong dan garis yang kelihatan di sisi wajahnya. Sebuah laman web gaya hidup China menilai keadaan mengerikan Ying Zhi ini kerana pembedahan plastik yang pernah dilakukan telah memasuki tarikh tamat tempoh.

Walaupun prosedur pembedahan plastik kelihatan baik untuk sementara waktu, tetapi ia tidak memerlukan waktu yang lama untuk berubah dalam kitaran beberapa tahun kemudian. Laporan tersebut menyebut pembedahan plastik dilakukan pada hidung, dagu dan kelopak mata telah memasuki tarikh tamat tempoh.

Wajah Sebelum







Wajah Selepas











Dairishare




0 comments:

Post a Comment