Filled Under:

Che Ta Hilang Sabar Di IG, Guna Perkataan Bodoh dan Bangang


Walaupun isu penajaan kos rawatan bersalin Rozita Che Wan oleh KPJ sudah beberapa hari berlalu, isu tersebut masih lagi hangat diperkatakan.

Kalau sebelum ini Che Ta dilihat dengan tenang menjawab isu mengenai perkara ini, kali ini nampaknya tahap kesabaran Che Ta sudah mencapai tahap penhujungnya.

Kali ini, Che Ta menjawab satu komen dari follower Instagramnya dengan bahasa yang agak kasar. Komen yang memanggil Che Ta sebagai angkuh setelah mendapat sponsors itu telah dijawab oleh Cheta dengan perkataan bodoh dan bangang.



Ada yang menasihati Che Ta atas penggunaan perkataan tersebut kerana dia kini sedang mengandung dan dikhuatiri stress dapat menjejaskan kandunganya.



Banyak betul dugaan menjadi Che Ta ni. Harap dia dapat bersabar dengan semua dugaan yang melandanya sejak dua menjak ni. siakapkeli




0 comments:

Post a Comment