Filled Under:

Lanyak Anak Macam Hamba

KESAN calar akibat didera di bahagian belakang badan mangsa. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa dan teman wanita lelaki itu dekat Alor Gajah di sini, 29 September lalu.

Dipercayai dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, mangsa di pukul menggunakan getah paip serta kepala dihentak pada kerusi oleh kekasih bapanya dan lelaki itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 36 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 2.30 petang, Rabu lalu.

"Mangsa dipercayai kerap dipukul kedua-dua suspek menggunakan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang malah pengadu juga mendakwa pernah melihat mangsa ditumbuk dan kepalanya dihentak pada dinding.

"Suspek lelaki ditahan reman enam hari sehingga Selasa depan manakala suspek wanita dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama kerana menyusukan anak kecil" katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. hmetro




0 comments:

Post a Comment