Filled Under:

Gaji RM5,000 Ke Atas Perlu Bayar Lebih Untuk Bahan Api



Golongan berpendapatan sederhana di Malaysia yang kini berhadapan dengan gaji yang statik dan kos sara hidup yang meningkat selepas ini akan berhadapan dengan satu lagi dugaan.

Laporan The Star Online menyebut mereka yang berpendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 hanya akan menerima sebahagian sahaja subsidi minyak selepas Jun 2015 — bermakna bayar lebih.

Mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000 pula perlu membayar harga pasaran penuh, manakala mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 akan terus mendapat manfaat penuh daripada subsidi.

Pada masa ini, harga subsidi RON 95 di pam ialah RM2.30 seliter. Harga pasaran penuh kini RM2.58 seliter.

Kerajaan masih belum memikirkan cara yang sesuai untuk skim ini, tetapi ada laporan menyebut subsidi akan disalurkan kepada pengguna jalan raya melalui penggunaan MyKad. plus.rotikaya




0 comments:

Post a Comment