Filled Under:

Tindakan Lelaki Ini Beri Makan 150 Ekor Kucing Di Kawasan Perang Tersebar Di Internet


Seorang pemandu ambulans bertindak memberi makanan kepada kucing-kucing yang telah ditinggalkan di kawasan kejiaranan yang telah dimusnahkan akibat peperangan. Lelaki ini yang dikenali sebagai Alaa telah membelanjakan 4 dolar sehari untuk membeli daging dan memberi makan pada kucing-kucing di kawasan kejiranan tersebut, lapor laman the independent UK hari ini.

Alaa membelanjakan sekurang-kurang 4 Dolar sehari untuk memberi makan kepada kucing-kucing yang telah ditinggalkan oleh tuannya. Tanpa lelaki ini, berkemungkinan haiwan-haiwan tersebut akan mati kelaparan kerana sebahagian besar daerah Masaken hanano dalam bandar Aleppo telah ditinggalkan orang ramai dan terdapat hampir 150 ekor kucing yang bergantung keperluan makanan dari beliau.

Penduduk di kawasan tersebut kebanyakannya telah melarikan diri akibat serangan dari pasukan rejim Bashar Al-asad. Dilaporkan hampir 6.5 juta penduduk Syria dipindahkan berikutan Aleppo adalah wilayah yang mengalami serangan dan kemusnahan paling teruk. Hingga Ogos 2014, angka kematian orang awam sejak tiga tahun peperangan meningkat lebih daripada 191,000 orang.













 -HarianBlogger




0 comments:

Post a Comment