Filled Under:

Intan Ladyana Minta Henti Tanya Pasal Kamal Adli



Pelakon Intan Ladyana meminta agar semua pihak tidak lagi bertanyakannya mengenai bekas kekasihnya Kamal Adli.

Intan Ladyana berkata tiada apa lagi yang perlu diulas mengenai Kamal Adli selepas hubungan mereka berakhir Ogos lalu.

“Saya sebenarnya tidak mahu panjangkan lagi isu ini kerana hubungan kami memang dah berakhir dan tiada apa lagi yang boleh saya komen.

“Saya rasa baik saya diamkan diri sahaja, jika tidak isu ini tidak akan berakhir,” katanya ringkas kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Intan Ladyana diminta mengulas mengenai sebuah artikel dari Astro Gempak yang mendakwa seolah-olah Kamal Adli masih lagi tidak dapat melupakan pelakon berdarah kacukan Melayu-Siam itu selepas dilihat masih menyimpan foto bekas kekasihnya di dalam dompet. Murai




0 comments:

Post a Comment