Filled Under:

Senarai Kew Terlibat Dan 15 Gambar Terkini MH17 Terhempas Selepas Ditembak Di Ukraine


Sebuah pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS Airlines telah ditembak jatuh oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine hari ini.

Pesawat ini dipercayai telah terbang pada ketinggian 10km (6.2 batu) dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas setelah ia ditembak jatuh, sumber berita Russia Interfax melaporkan. Pesawat meninggalkan Amsterdam Airport Schiphol pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur. Pesawat tersebut membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat tersebut telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Manakala, jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam).

Penerbangan MH17 hilang daripada radar ketika ia melintasi ruang udara Ukraine, katanya.

Sky Katie Stallard, di Moscow, dalam satu laporan media telah mencadangkan agar pesawat turun di rantau Donetsk, di mana terdapat pertempuran berat baru-baru ini ditengah-tengah ketegangan berterusan antara Russia dan Ukraine.

Beberapa video telah berjaya dirakamkan disaat pesawat tersebut terhempas....




















0 comments:

Post a Comment