Filled Under:

Bahan Kuih Guna Logo Halal Palsu Di Rampas


Mazlina bersama pegawai JAKIM menunjukkan dua logo halal palsu digunakan pada produk makanan ketika operasi di sebuah pasar raya di Taman Midah, Cheras, semalam. - Foto Mohd Yusni AriffinProduk dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian DNA

Kuala Lumpur: Kira-kira 300 produk dan bahan membuat kuih yang dibekalkan oleh tiga syarikat ke seluruh negara dirampas kerana didapati menggunakan logo halal palsu serta mempamerkannya tanpa perakuan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 



Satu daripada syarikat yang diserbu itu beroperasi lebih 10 tahun, turut menjual dan memasarkan produk keluarannya di dua pasar raya terkenal di negara ini.

Semua produk berkenaan yang digunakan untuk membuat pastri, biskut dan kek dirampas menerusi Ops Gelatin dilakukan 15 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur serta JAKIM, semalam.

Tiga pembekal itu adalah sebuah syarikat pembungkusan dan dua pasar raya di tiga lokasi berasingan iaitu di Taman Bukit Indah, Jalan Klang Lama; Taman Midah, Cheras serta Semenyih. bharian




0 comments:

Post a Comment