Filled Under:

PELUANG MEMILIKI NOMBOR PLAT G1M DENGAN HARGA SERENDAH RM210



Kini para pengguna jalan raya boleh memiliki plat G1M dengan harga serendah RM210 sahaja. Dalam satu kenyataan dari Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), nombor pendaftaran G1M kini dalam rangka promosi.

KE7B diberikan mandat untuk mengendalikan jualan promosi bagi nombor plat G1M bertujuan untuk membiayai projek penjelajahan dan eksplorasi di seluruh dunia.

Sebelum ini, nombor pat G1M dijual bertujual bagi mengumpul dana bagi projek Ekspedisi Tujuh Puncak, Tujuh Benua Tujuh Nilai sebagai menaikkan nama malaysia didalam bidang pendakian.

Projek berkenaan merangkumi beberapa misi bagi membiayai pasukan malaysia untuk menawan puncak-puncak benua di serata dunia.

Selain itu, hasil dana jualan no plat G1M ini juga telah disumbangkan kepada 3 buah yayasan iaitu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan sumbangan berjumlah RM200,000.00

Kini, hasil penjualan G1M akan digunakan untuk mengumpul dana bagi projek lain KE7B yang dijangka akan diteruskan hingga ke tahun 2020.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai G1M sila Setiausaha KE7B, Zulaikha di 016-9035130 atau Siti Mariam di 017-2842643. siakapkeli




1 comments: