Filled Under:

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Anak Kedua 18 Julai Lalu



Pejam celik pejam celik akhirnya pasangan bahagia Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer telah dikurniakan cahayamata kedua pada Sabtu lalu, tahniah diucapkan. Perkara ini telah dihebahkan kepada umum melalui Instagram Redza Syah sebaik sahaja Irma Hasmie melahirkan anak kedua mereka.

Allah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Allahuakbar segalanya dipermudahkan Allah SWT...#redzasyahirfhan dah jadi abang :) ...tq for all wishes... @irmahasmie stable Alhamdulillah - Redza Syah.

Irma Hasmie dilaporkan selamat melahirkan puteri sulung mereka itu di Prince Court Medical Centre 18 Julai 2014 dan menurut laporan yang diterima, pasangan anak-beranak ini berada dalam keadaan yang stabil dan sihat.

Untuk info, sebelum ini Irma dan Redza Syah telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Redza Syah Irfhan yang telah berusia 1 tahun. Anak sulung yang dipanggil dengan panggilan maja Irfhan itu dilahirkan pada 29 Mac tahun lalu.

Kapsyen Redza Syah di Instagram.

Assalammualaikum...Segala puji hanya untuk Allah SWT...Selamat datang ke dunia ni sayang, ikrar kami untuk menjaga & bertanggungjawab ke atas dirimu sebagai hadiah yang tidak ternilai dari Allah...jadilah anak yang solehah itu harapan kami...Daddy, Mommy @irmahasmie & abang #redzasyahirfhan love you for the sake of Allah SWT...Lillahitaala

Kedua imej ini merupakan perkongsian Redza Syah dilaman Instagramnya dan tahniah sekali diucapkan kepada pasangan ini daripada pihak Murai. Pasti nama pun sesedap nama ibu, ayah dan abangnya juga. Kita nantikan!




0 comments:

Post a Comment