Filled Under:

BUDAYA PELIK ORANG ARAB



Pernah saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu. Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran Islam. Mereka akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3 biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu lebih dari cukup.

Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya...ia bukan untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu penghinaan kepada tuan rumah.

Sampai hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip sisa buangan makanan mereka di tong sampah.

Anda boleh pilih untuk tidak percaya saya tapi ini hanya pengalaman saya dan ia bukan sekali tetapi setiap kali. Disahkan juga oleh rakan-rakan Saudi saya sendiri.

Nauzubillah.






mazeermohamad




0 comments:

Post a Comment