Filled Under:

RAJA GULA BUKAN LAGI ROBERT KUOK ATAU SYED MOKHTAR... TAPI SIAPA?



Mungkin ramai yang berpendapat 'Raja Gula' hari ini masih Robert Kuok tetapi hakikatnya industri gula di negara ini telah pun dikuasai Felda Global Ventures (FGV). Sejak 2009, FGV telah memiliki Malayan Sugar Manufacturing Sdn Bhd (MSM), Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebanyak hampir 5,800 hekta tanah di Cuping, Perlis dan 20% saham di dalam Tradewinds (M) Bhd yang bernilai RM1.5 bilion ketika itu. MSM Holdings telah pun disenaraikan di papan utama Bursa Saham pada 28 Jun 2011.

Kini... RAJA GULA ADALAH MSM (Anak Syarikat Felda Global Ventures)!!!

62% pemasaran gula di Malaysia datangnya dari MSM di mana 80% pengeluaran gula untuk pasaran tempatan dan 20% pula dieksport ke negara-negara seperti Australia, New Zeland, Singapura, Pakistan dan Korea Selatan. Jenama gula MSM yang ada di pasaraya-pasaraya adalah "Gula Prai" dan "Gula Perlis" yang terdiri daripada gula halus putih dan gula perang.

Bagaimana pula dengan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menuduh Tan Sri Syed Mokhtar menguasai industri gula dan mampu mengawal harga gula sedangkan MSM adalah pengeluar utama?

Pembabitan Syed Mokhtar dalam Tradewinds hanyalah 37% dan selebihnya adalah milik MSM. Felda hanya memiliki saham dalam Tradewinds di antara 50-70%. Sekali lagi di mana dakwaan Anwar yang mengatakan Syed Mokhtar dan Tradewind yang menguasai industri gula.

Memang benarlah kata Dato Ehsan, Anwar cuba putar belit fakta dan kelirukan dewan. Ini mungkin kerana Anwar tak tau atau sengaja timbulkan kebenciannya terhadap Syed Mokhtar

Terima kasih juga kepada Dato Ehsan kerana dengan membetulkan fakta Anwar, maka hari ini kita mengetahui MSM (anak syarikat FGV) sebenarnya menguasai pasaran gula sekarang dan bukan seperti yang Anwar kata. mantra-indeeptots




0 comments:

Post a Comment