Filled Under:

Rozita Che Wan Dah Tak Larat Berlakon


Standardlah bagi selebriti wanita untuk mengurangkan aktiviti seni sekiranya diri mereka sedang berbadan dua. Mungkin disebabkan komitmen waktu kerja yang panjang dan tidak menentu menjadi penyebab utama kepada perkara tersebut.

Namun, berlainan buat pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, yang tidak menjadikan kehamilannya sebagai alasan, sebaliknya aktres berusia 40-an ini telah membuat keputusan untuk memperlahankan kerjayanya demi memberi tumpuan kepada syarikat produksi miliknya, Padusi Pictures Sdn Bhd yang baru ditubuhkan Mac lalu.

Selain itu, aktres cantik ini juga mahu melebihkan tumpuannya kepada suami dan anak-anak serta perniagaan tudung yang diusahakan bersama adiknya, Ayu Raudhah.

“Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan,” katanya memetik mStar.

Untuk permulaan, syarikat produksi miliknya telah menerbitkan program Resepi Memikat Suami yang dihoskan oleh Jihan Musa yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini di saluran Astro Ria.

Menurutnya, rancangan tersebut mendapat respons yang sangat baik daripada penonton sehinggakan pihak Astro telah memberi peluang kepada Padusi Pictures untuk menerbitkan sebuah telefilem bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Wah, makin lebatlah Che Ta lepas ni kalau dapat banyak ‘job’ daripada syarikat penyiaran.

Agak-agak kalau dah takde offer dari mana-mana penerbit lain, bolehlah Che Ta berlakon dalam drama produksi sendiri pula ye. Tak gitu? – MYNEWSHUB




0 comments:

Post a Comment