Posted By:
Unknown
on March 15, 2014
Siapa tak kenal dengan Rajah Bomoh VIP ini selepas muncul di KLIA baru-baru ini dengan teropong dan bubunya mencari mana hilangnya pesawat MH370 yang masih hilang hingga ke hari ini. Sehingga kini, isu bomoh VIP semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi dengan tersebarnya satu video terbaru kononnya
bomoh VIP tersebut ingin menampar seorang menteri, Khairy Jamaluddin sama seperti kisah buaya yang pernah ditamparnya dulu. Apapun kita abaikan isu yang pada kami isu dalaman mereka dan kita lihat salah satu kediaman “Bomoh 1 Malaysia” ini yang berlokasikan di Kg. Bermin, Tapah.
Dari email yang kami terima;
Salam.. Oh! Media, sy nak share gambar rumah tok bomoh KLIA…eh, pagar rumah sebenarnya…sebelum tu, sy minta pihak oh!media merahsiakan email sy…atas 2 sbb.. 1) Sy tak nak publisiti murahan :P….dan 2) sy takot ada pulak nnt diganggu makluk2 x nmpak plak mlm2…hahha… Rumah ni terletak kat Kg Bermin Tapah Perak..dinamakan ‘Istana Sri Gemilang (V.I.P)’Dipercayai ni rumah isteri no. 4 tok bomoh…no.1,2 &3 sy tak tau…
Seperti yang dikatakan Dr. MAZA, perbuatan bomoh tersebut adalah khurafat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Buat macam gambar di bawah ni kan lebih bagus mengikut apa yang sepatutnya dilakukan. Solat hajat beramai-ramai telah dilakukan hari ini bertempat di perkarangan KLIA. Semoga Allah mendengar doa seluruh rakyat Malaysia yang menanti kepulangan semua mangsa didalam pesawat MH370 kembali dengan selamat.
0 comments:
Post a Comment