Filled Under:

Tiz Zaqyah aka Nur Amina yang terkini



Makin cantik anak gadis kelahiran Kuala Lumpur ni kan? Tiz Zaqyah lebih dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia setelah membawakan watak gadis naif bernama Nur Amina di dalam drama bersiri, Nur Kasih. Dilahirkan pada 25 Oktober 1988, bakat lakonan Tiz Zaqyah mula dikesan apabila terlibat sebagai pelakon tambahan dalam drama Impian Ilyana dan Gol & Gincu beberapa tahun lalu.

Bila dah berlakon dalam drama arahan Kabir Bhatia (Nur Kasih), ramailah makcik-makcik kat kampung tu yang tak tidur lena berdoa nak jadikan si Tiz ni menantu. Tak kurang juga ramai lelaki kat luar sana yang suka perempuan tak bertudung mula menyukai gadis bertudung selepas melihat Nur Amina yang manis sekali dalam drama Nur Kasih ni.

Tapi entah siapa yang pergi kantoikan gambar-gambar Tiz Zaqyah ni sedang bersosial pun tak tahulah. Takdelah sosial mana cuma kami nengok setakat enjoy-enjoy dengan member mungkin. Tapi lepas tersebarnya gambar ni, ternyata Tiz Zaqyah tidak lagi dihormati seperti sebelumnya. Ini adalah kenyataan. Pernah satu komen masuk di Oh! Artis boleh cakap yang dia baru je nak kasi anak dia nama Tiz Zaqyah, tapi lepas nengok gambar-gambar tu terus tak jadi nak letak. Fuh, sampai macam tu sekali penangannya. 

Mungkin kita kena faham bahawa Nur Amina yang kita lihat di kaca tv tu bukanlah diri Tiz Zaqyah yang sebenar. Sekadar lakonan semata-mata. Tapi kalau satu hari nanti terbuka pintu hati Tiz Zaqyah ni nak bertudung manis macam Nur Amina tu, Alhamdulillah lah. Sama-sama kita doakan.

Biodata Tiz Zaqyah Razak
NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak
USIA: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
MULA BERLAKON: 2006
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria
WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila










0 comments:

Post a Comment