Filled Under:

China minta data satelit pesawat MH370 daripada Malaysia


Berita Terkini MH370: Laporan AFP pula pagi ini ahli keluarga pesawat MH370 didakwa bertempur dengan polis Beijing di depan kedutaan Malaysia kerana memohon penerangan nasib pesawat MAS. Foto Malaysian Insider / AFP




Beijing: Pemerintah China meminta Malaysia menyerahkan kepadanya semua analisis data satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, lapor agensi berita Reuters. Permintaan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin malam tadi.

Xie mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan pesawat Boeing 777-200 “berakhir” di kawasan selatan Lautan Hindi, berdasarkan kepada data terbaru satelit. Najib yang mengumumkan perkembangan terbaru mengenai MH370 kepada pemberita malam tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia. “Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.

“Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung. Dalam kenyataan ringkasnya, Najib berkata butiran terperinci akan diumumkan pada sidang media hari ini.

Katanya, maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan atas rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat. Najib juga memaklumkan bahawa anggota keluarga sudah diberitahu mengenai perkembangan tersebut.


Gambar AFP MH370 Beijing China




0 comments:

Post a Comment