Meskipun bermula dengan langkah kanan pada awal permainan dengan menang set pertama 11-4 namun akibat hilang fokus, Nicol membenarkan lawan mengawal perlawanan sehingga tewas tipis 3-2 dalam tempoh 61 minit.
"Tumpuan saya tidak konsisten hari ini. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik di hadapan penyokong saya tetapi hari ini bukan harinya. Nour tidak melakukan sebarang kesilapan dan pukulannya tepat."
Kekalahan itu menyebabkan Nicol terduduk kecewa dan menangis, dan terpaksa ditenangkan bapanya, Desmond David.
0 comments:
Post a Comment