Sebelum ini, pelakon seksi Anzalna Nasir menafikan ada masalah dengan Izzue Islam sehingga menyebabkan hubungan mereka di set penggambaran agak dingin.
Bagaimanapun, ekoran kontroversi mereka yang masih terus diperkatakan sehingga hari ini, Anzalna akhirnya mengakui memang berlaku salah faham dengan Izzue seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
Menurut aktres jelita itu, dia memang kurang selesa dengan kehadiran Awin Nurin, isteri Izzue Islam di lokasi penggambaran setiap hari namun enggan melayan karenah budak-budak yang ditunjukkan Izzue Islam itu.
"Di pihak saya memang tiada masalah. Tetapi tidak tahu pula di pihak sana. Saya malas nak layan ‘budak-budak’ dan saya profesional serta tidak mahu masukkan hal peribadi di set."
"Yang saya tahu saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan tetap menjaga batasan saya. Saya pun mahu jaga hati teman lelaki. Saya tak kisah dia nak bawak isteri, tapi kadang-kadang rasa tak selesa juga sebab hari-hari ada di set.”
Tambah Anzalna, setakat ini dia tidak pernah mengambil langkah untuk bersemuka dan berbincang dengan Izzue kerana isu itu bukanlan berpunca daripada pihaknya.
“Sebelum ini saya banyak juga berlakon dengan suami orang. Tetapi ini kali pertama timbul isu sebegini. Saya tidak mahu menafikan tetapi saya tidak mahu komen banyak. Lambat-laun orang akan tahu juga.”
Dalam pada itu, pengarah drama tersebut, Fairuz Loy mengakui bahawa hubungan dingin Anzalna dan Izzue sedikit sebanyak ada mengganggu jadual penggambaran. Namun, ianya bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan.

0 comments:
Post a Comment